AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 14, 2010

Lima Juta Pekerja Kontrak Hilang Hak Tuntut Pampasan Jika Pindaan Akta Pekerja Diluluskan


KUALA LUMPUR 14 Julai - Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata lima juta golongan pekerja kontrak di negara ini akanb hilang hak menuntut sebarang bentuk pampasan sekiranya mereka dibuang kerja jika pindaan kepada Akta Pekerja berhubung status pekerja kontrak diluluskan parlimen

Abdullah sani berkata sekiranya pindaan ini diluluskan ia akan menyebabkan pekerja kontrak tidak lagi boleh menuntut pampasan sekiranya dibuang atau diberhentikan kerja secara tiba-tiba atau tidak adil.

"Di Malaysia, 42 peratus daripada jumlah rakyat yang bekerja pada masa ini masih diambil secara kontrak, dan jumlah ini adalah lebih daripada lima juta pekerja. Kesemua mereka akan kehilangan hak mereka jika pindaan akta ini diluluskan," tegas Abdullah Sani pada sidang media di parlimen semalam.

Beliau menjelaskan sebelum cadangan pindaan dibentangkan, akta berkenaan mempunyai peruntukan bagi pekerja di bawah sub-kontraktor, di mana majikan yang mengupah sub-kontraktor akan bertanggungjawab terhadap pekerja.

"Tetapi dalam pindaan ini, perkataan 'sub-kontraktor' akan diubah kepada 'kontraktor'. Ini bermakna semua pekerja akan dipertanggungjawabkan terus di bawah kontraktor yang tidak memberi apa-apa manfaat. Maknanya tak kisah dua bulan atau 20 tahun bekerja, kontraktor ini boleh membuang kerja begitu sahaja dan pekerja tidak boleh menuntut apa-apa pampasan langsung," jelas beliau.

Tambah Abdullah Sani, memandangkan pindaan ini melibatkan lebih jumlah pekerja yang besar, langkah itu perlu diteliti dengan lebih rapi bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin.

"Saya meminta agar Dewan dapat menangguhkan pindaan sehingga kita mendapat maklumbalas daripada pejabat Peguam Negara dan kesatuan pekerja," kata beliau.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata pindaan hanya akan menguntungkan syarikat besar kerana hanya mereka mampu mengupah kontraktor sumber manusia.

"Syarikat besar sentiasa cuba mengelakkan diri daripada membayar pekerja, dan pindaan ini akan memberikan mereka lebih banyak manfaat di mana syarikat boleh membuang pekerja sesuka hati tanpa hiraukan tindakan daripada pihak berkuasa. Ini langsung tidak menunjukkan usaha kerajaan Umno-BN mengutamakan pekerja dan masyarakat berpendapatan rendah," kata Tian.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009