AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 17, 2010

AMK Selangor Puji Langkah Selangor Bentang Akta Kebebasan Maklumat


SHAH ALAM 17 Julai - Angkatan Muda KEADILAN Selangor memuji langkah berani dan progresif kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor membentangkan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat yang pertama di negara ini sekaligus membuka ruang untuk dicontohi diseluruh negara.

Ianya satu sejarah negara kerana akta seumpama ini masih belum dibentangkan di peringkat parlimen.

Kesungguhan kerajaan Selangor ini kata Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin wajar diikuti negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan kerajaan telus dan terbuka.

"Langkah besar ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan Selangor menghargai kebebasan rakyat mendapatkan maklumat.

"AMK Selangor yakin usaha ini memberikan peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri agar ada ‘check and balance’ daripada rakyat. Justeru,Akta Kebebasan Maklumat ini diharap memberikan manfaat kepada rakyat Selangor seterusnya menjadikan negeri ini lebih baik pentadbirannya.

"Malahan perkara ini di peringkat pusat belum berlaku dan usaha langkah ini diharap mampu menjadikan Selangor contoh terbaik daripada segi ketelusan perbelanjaan kewangannya," kata beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Dalam pada itu juga, AMK Selangor mengalu-alukan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Shamsudin Mohd Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor yang merupakan langkah berani kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha mewujudkan kerajaan yang sedia diperiksa perbelanjaannya daripada parti berbeza.

"AMK juga berkeyakinan usaha-usaha kerajaan Selangor mampu menjadikannya contoh negeri yang matang dan mampu mengangkat suara dan kehendak rakyat," tambah Khairul Anuar.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009