AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 13, 2010

Rakyat Ingin Tahu Apa Sudah Jadi Dengan RM1Juta


KUALA LUMPUR 13 Mei - Lima Ahli Parlimen Pakatan Rakyat(Pakatan) semalam telah menghantar satu surat terbuka kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kajian soal selidik yang dihantar oleh pegawai SPRM melalui email kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Mereka ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

SPRM menafikan pemantauan terhadap Nurul Izzah mengatakan ia hanya satu borang soal selidik untuk kajian dan tidak diwajibkan untuk mengisinya. Walau bagaimanapun, isu ini amat memperlihatkan kurangnya etika profesional dan integriti dalam SPRM dan melihat borang yang dihantar sebagai satu bentuk ugutan kepada Nurul Izzah.

Surat tersebut juga mempersoalkan peranan yang sewajarnya dimainkan oleh SPRM, iaitu memantau dan membanteras penyalahgunaan wang rakyat oleh wakil rakyat dan pegawai kerajaan dan bukan mengejar isu remeh seperti soal selidik penggunaan pendapatan oleh ahli Pakatan.

Surat tersebut juga bertujuan meminta SPRM untuk membuat penyiasatan terperinci berkenaan RM1 juta yang disalurkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) kepada kesemua ahli parlimen Umno-BN yang memenangi kerusi dalam pilihan raya lalu dan kepada komponennya di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan.

Dalam membantu usaha membanteras jenayah bersama SPRM, ahli-ahli parlimen Pakatan melancarkan kempen 'Rakyat Ingin Tahu Apa Sudah Jadi Dengan RM1 Juta' bagi membuktikan bahawa selaku ahli parlimen Pakatan, mereka sentiasa mengutamakan pentadbiran yang bersih dan amanah serta bebas dari budaya rasuah.

Dengan ini, mereka berharap agar sebarang usaha membudayakan politik wang dapat dicegah sehingga ke akar umbi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009