AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 13, 2010

AMK Selangor Kesal Musa, Khalid Angkuh


SHAH ALAM 13 Mei - Angkatan Muda KEADILAN Selangor kesal dengan sikap angkuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang enggan meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis bulan lalu.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata perkara tersebut mendukacitakan kerana pihak polis sewajar menunjukkan professionalisme yang tinggi.

"Polis harus membersihkan nama arwah dengan dakwaan beliau adalah seorang penjenayah. Kita mahu pihak keluarga dan ibu Aminulrayid tidak dibebani dengan dakwaan tersebut.

"Kita juga menggesa pihak polis agar memperbaiki dan memperkemaskan tahap dan proses supaya tragedi seperti ini tidak lagi berulang," ujar Mohd Ezli dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, AMK Selangor juga yakin pihak polis mampu menangani situasi sedemikian dengan baik kerana menurutnya polis sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sememangnya diperlukan oleh rakyat dan negara.

"Tekanan kerja yang dihadapi pasukan polis sewajarnya dikaji semula bagi memastikan mereka mampu menangani beban tugas yang mecabar pada masa kini," kata Mohd Ezli.

Sehubungan itu katanya, kementerian terbabit seharusnya memastikan kebajikan anggota polis diutamakan seperti menyediakan perumahan yang selesa, menjaga kebajikan keluarga anggota polis serta sistem gaji yang bersesuaian dengan ekonomi semasa.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009