AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 18, 2010

Bangkit Isu Rakyat, Dua Adun Sarawak Digantung


KUCHING 18 MEI: Hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyaksikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Sarawak digantung selama setahun, berkuat kuasa serta merta.

Mereka ialah Adun Pandungan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dominic Ng Kim Ho dan Adun Kota Sentosa, Chong Chien Jen dari DAP.

Dominic digantung kerana didakwa menghina Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Chien Jen digantung atas alasan mendakwa Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) membohongi rakyat dalam isu banjir.

Penggantungan itu diumum Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar selepas menerima membuat undian di kalangan ahli Dewan.

Kejadian ini berlaku dua selepas Pakatan Rakyat melalui calonnya, Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang sebelum ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009