SIBU 13 Mei - Masyarakat Cina di Sibu merasakan pemberian RM18 juta yang diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada 65 sekolah Cina dan dua sekolah mubaligh sebagai terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pembangunan sekolah tersebut di kawasan Parlimen itu.
Najib mengumumkan peruntukkan itu semasa menghadiri majlis ramah mesra Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu, di Sibu petang semalam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata peruntukan yang sepatutnya diberi Perdana Menteri 1Malaysia adalah RM150 juta bagi tahun 2009 dan tahun ini dan bukannya RM18 juta.
"Santa Klaus datang ke Sibu awal tahun ini pada 12 haribulan Mei bukannya 25 Disember dengan membawa pelbagai gula-gula politik untuk menawan hati pengundi di sini.
"Kita mahu tanya najib samada pemberian RM18 juta itu peruntukan tahunan atau hanya untuk membeli undi di Sibu. Seperkata lagi pemberian seperti ini tidak harus dijadikan satu anugerah peribadi tetapi sebagai peruntukan bersifat institusi bagi mengelakkan salahguna kuasa," Kit Siang berkata hari ini di sidang media harian Pakatan Rakyat.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur juga membidas sikap tidak ikhlas Najib ketika menghadiri perarakan Festival Tua Pek Kong di Temple Street semalam.
Beliau berkata Perdana Menteri sebelum ini berkata beliau akan berucap di festival itu tetapi nyata beliau berada dilokasi perarakan tidak sampai tiga minit.
"Ini sungguh menghampakan sebagai Perdana Menteri 1 Malaysia yang seolah-olah tidak mahu bergaul dengan masyarakat tempatan yang sedia menunggu untuk bermesra dengan beliau.
"Beliau hanya berada di situ setakat tiga minit sahaja, tidak berucap sebagaimana dijanjikan dan tidak pula menerima hadiah yang telah disediakan oleh penganjur majlis.
"Inilah yang kita katakan lawatan macam kilat," kata beliau secara sinis.
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment