AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 1, 2010

Mahkamah Tinggi Bebaskan Gobalakrishnan


SHAH ALAM 1 Mei - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan melakukan kekerasan ketika menyertai perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) pada 2007.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Yazid Mustapa membebaskan Gobala dari tuduhan tersebut selepas menolak permohonan rayuan perbicaraan oleh Jabatan Peguam negara setelah tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah majistret pada Disember 2009 menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishan.

Gobalakrishnan yang diwakili peguam Ahmad Nizam Abdul Hamid sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana didakwa menakutkan pegawai polis dalam satu perhimpunan anjuran Hindraf di hadapan sebuah kuil di Batu Caves, Gombak, dua tahun lalu.

Keputusan mahkamah ini bermakna Gobalakrisnan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Serai.

Mengulas keputusan hakim, Gobalakrishnan berterima kasih kerana hakim telah menerima hujah peguam beliau bahawa pihak pendakwaraya telah memfailkan notis rayuan selepas tamat tempoh 14 hari yang ditetapkan.

"Saya rasa keadilan telah ditegakkan dalam kes ini saya boleh teruskan khidmat kepada rakyat serta perjuangan bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Saya yakin saya tidak terlibat dalam sebarang jenayah dan begitu juga beberapa kes lain yang belum selesai," kata beliau.

Ini termasuk kes perhimpunan haram berhubung isu arsenik pada 1999, kes berhubung pilihan raya kecil Permatang Pasir tahun lalu, kes tangkapan semasa perayaan Thaipusam di Pulau Pinang pada 2002 dan kes berhubung waran tangkap di Sungkai pada 2003.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009