AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 1, 2010

Nizar: Saya Hanya Ulangi Ucapan Najib, Pemimpin Umno


SHAH ALAM 1 Mei - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar tindakan pihak tertentu yang membuat laporan polis terhadap beliau berhubung ceramah semasa kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor sambil menyifatkan ia sebagai helah untuk mencari kesalahan Pakatan Rakyat.

Nizar menegaskan kenyataan beliau tidak sama sekali bersifat perkauman tetapi hanya mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkan pemimpin Umno terhadap kaum bukan Melayu di negara ini.

"Saya cuma menyebut dan menyatakan apa yang telah diperkatakan oleh pimpinan Barisan Nasional khususnya pimpinan Najib Razak yang mengeluarkan kenyataan yang rasis kepada masyarakat Cina.

"Saya sebut dalam himpunan pada waktu Najib menjadi Ketua Pemuda Umno di mana dia menghunus keris untuk mengugut orang-orang Cina di kampung Baru. Saya hanya mengulangi apa yang dia kata," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Semalam tiga wakil kaum utama di Selangor, membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana mendakwa beliau menyampaikan ceramah politik berbaur hasutan di Hulu Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh di Ibu pejabat Polis Shah Alam.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009