AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 23, 2010

Peneroka Felda Diingatkan Bangun Daripada Mimpi Ciptaan Umno-BN


ULU BERNAM 23 Apr - Peneroka Felda digesa bangkit daripada mimpi yang telah dilekakan oleh Umno-Barisan Nasional sejak 50 tahun dan tibanya masanya sekarang bangun memperjuangkan hak mereka yang telah dinafikan selama ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shahrin menyeru kepada peneroka agar terus bangkit mendapatkan hak mereka seperti tanah dan kebajikan generasi kedua Felda.

"Peneroka perlu sedar dengan kesengsaraan yang di alami oleh mereka, jangan bermimpi dengan impian yang di buat oleh Umno. Saya nak beritahu di sini Felda pada penubuhan awalnya mementingkan kebajikan rakyat dalam mengubah taraf ekonomi mereka tapi Umno telah menunjuk taring mereka dengan mengambil kesempatan memerah keringat setiap peneroka untuk poket mereka sendiri.

"Felda memang kaya tetapi kekayaan itu hanya untuk kroni mereka sendiri bukannya untuk peneroka, dan ini dapat dilihat kesengsaraan dan kemiskinan yang peneroka alami.

"Kerajaan sepatutnya berterima kasih kepada peneroka kerana keringat penerokalah yang memberi kekayaan kepada Felda, tetapi yang berlaku sebaliknya kerajaan mahukan peneroka berterima kasih kepada mereka," ucapnya dihadapan lebih 500 peneroka Felda Gedangsa semalam.

Beliau juga menjelaskan Felda telah lama menipu peneroka dan terbukti dengan kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang telah menuntut agar Felda membayar pampasan kepada mereka.

"Saya nak beritahu kepada peneroka, Felda telah lama menipu peneroka dan ini telah terbukti dengan kemenangan peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan dalam tuntutan hak mereka di mahkamah. Ini jelas penipuan Felda yang dibawah pimpinan Umno.

"Saya menyeru agar peneroka sedar hak mereka jangan biarkan perkara ini berterusan. Ingat pilihan yang akan dibuat nanti kerana Zaid adalah calon yang paling berkepimpinan dalam memperjuangkan hak peneroka Felda," tegas Badrul atau dikenali sebagai CheGuBard.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009