AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 23, 2010

AKIM Mahu Bersama Pakatan Rakyat, Sokong Zaid


KUALA KUBU BHARU 23 Apr - Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat bagi memenangkan Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad ini.

Presiden AKIM, Mohd Hanafi Hamat yang mengumumkan keputusan tersebut semasa sidand media di Pusat Media Pakatan Rakyat petang tadi berkata AKIM sanggup bekerjasama dengan Pakatan Rakyat demi kebaikan rakyat Malaysia dan mengenepikan apa-apa perbezaan pendapat samada dengan KEADILAN, DAP mahupun PAS.

"AKIM yang ditubuh di Kelantan mempunyai keahlian seramai 30,000 hari ini mengambil keputusan untuk bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat khususnya calon dari Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil 25 April ini.

"Selain itu juga kita berhasrat untuk menjadi salah satu anggota parti dalam Pakatan Rakyat dan sama-sama berjuang untuk keadilan serta demokrasi negara ini," jelas beliau.

Beliau juga menjelaskan pihaknya mengambil keputusan ini setelah mesyuarat khas di adakan dan mendapati perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan AKIM adalah sama.

"Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dalam mesyuarat dan mendapati perjuangan yang di bawa oleh Pakatan adalah sama dengan AKIM dan berharap kerjasama ini dapat ditunaikan," sambungnya lagi.

Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pusat KEADILAN, Fuziah Salleh yang turut sama dalam sidang media tersebut mengalu-alukan sokongan AKIM di saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil kali ini.

"Saya mengalu-alukan sokongan dari AKIM pada saat akhir kempen pilihan raya kecil kali ini dan kita harap gabungan ini akan memantapkan jentera kempen parti bagi meraihkan sokongan pengundi setempat.

"Untuk menyertai Pakatan Rakyat prinsip perjuangan mesti jelas dan kuat kerana kita adalah pembangkang pada masa sekarang dan jelas apa yang perlu kita lakukan. keputusan penyertaan AKIM akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat nanti, saya berharap AKIM akan menjadi parti yang kelima menyertai Pakatan Rakyat selepas SNAP dari Sarawak," katanya lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009