AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, March 7, 2010

Umno-BN Dalang Demonstrasi Hindraf


PETALING JAYA 7 Mac - Tindakan demonstrasi yang diadakan di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana, Petaling Jaya pagi tadi oleh sekumpulan yang mengatakan mereka mewakili kaum India dipercayai didalangi oleh Umno-Barisan Nasional.

Kumpulan tersebut yang diketui oleh Setiausaha Kuil Sri Ananda Murugan, Rajkumar Manoharan mendesak kerajaan negeri Selangor menyelesaikan masalah tapak kuil yang telah dua tahun berlarutan.

Sebelum ini kumpulan tersebut menyatakan ingin menghantar memorandum kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi membatalkan hasrat mereka.

Kumpulan tersebut hanya menyerahkan memorandum kepada pihak media yang hadir pada demonstrasi tersebut.

Bekas tahanan ISA, K. Vasantha Kumar ketika ditemui menyifatkan tindakan kumpulan tersebut umpama mengadakan sukaneka sahaja.

"Mereka kata nak buat protes dan hantar memorandum tapi tiada pun memorandum yang dihantar. Tengok tadi mereka umpama bersuka ria sahaja

"Sepatutnya mereka ke pejabat kerajaan negeri kerana di sana ada Exco yang boleh menyelesaikan masalah mereka," jelasnya kepada Suara Keadilan.

Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut didalangi oleh pihak tertentu yang sentiasa ingin mencari kesalahan dalam Pakatan Rakyat.

"Rajkumar kata dia mewakili kaum India tapi kaum India mana yang dia wakil. Kita dari Hindu Rights Action Force (Hindraf) menyokong penuh KEADILAN, mungkin mereka menyokong kaum India dari Barisan Nasional yang ingin mengambil kesempatan," katanya lagi.

Demonstrasi tersebut yang disertai lebih kurang 50 orang kemudiannya bersurai tanpa menyerahkan sebarang memorandum kepada wakil ibu pejabat KEADILAN.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009