AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, March 7, 2010

Saiful Bukhari bukan pembantu peribadi saya - Anwar

KUALA LUMPUR : Sehingga kini, ramai yang terkeliru berhubung status Saiful Bukhari, yang selama ini kerap dianggap sebagai pembantu peribadi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rekod menunjukkan, setahun yang lalu, iaitu beberapa hari selepas Saiful memfitnah Anwar berhubung tuduhan liwat, Anwar ada mengadakan sidang media berhubung status Saiful semasa bekerja di pejabat beliau menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12.

Dalam sidang akhbar itu, Anwar menjelaskan bagaimana Saiful mula bekerja di pejabat beliau dan turut menjelaskan Saiful sekadar sukarelawan PKR dan tidak menerima gaji tetap, jauh sekali sebagai pembantu peribadinya.

Berikut ialah kenyataan PENUH Anwar dalam sidang akhbar tersebut yang turut mendapat liputan wartawan dari dalam dan luar negara.

“Pengakuan bersumpah, dengan keterangan tambahan yang akan kita dedahkan dalam tempoh terdekat.

Di mana, Saiful Bukhari punyai hubungan yang rapat dan akrab, dengan pegawai khas Datuk Najib (Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia), Khairul Anas, Rosmah (Rosmah Mansur, isteri Najib) malah Datuk Najib sendiri.

Beliau (Saiful Bukhari) bukan pegawai peribadi saya atau personal assistant seperti mana yang didakwa. Saya, Chief of Staff di pejabat saya ialah saudara Ibrahim Tan Sri Yakub.

Semasa pilihanraya (PRU ke 12), tiga-tiga pegawai kanan saya, Nik Nazmi (Nik Nazmi Nik Ahmad, kini Ahli Dewan Undangan Negeri, Seri Setia), Sim (Sim Tze Szin, kini Adun Pantai Jerjak), Nurul Izzah (kini Ahli Parlimen Lembah Pantai), bertanding dalam pilihanraya.

Nik Nazmi ambil seorang staf bernama Rahimi dan dalam kelam kabut itu dan Rahimi ambil Saiful, yang jadi Sukarelawan, datang nak jadi pekerja sukarela, membantu Rahimi dan Ibrahim.

Itulah konteks beliau, tidak diberi pendapatan tetap, tidak diangkat sebagai pegawai tetap.

Kita tidak tahu, walaupun pada masa itu ada dakwaan sebaliknya, tetapi nyata beliau punyai hubungan akrab malah dipercayai mendapat dukungan yang kuat dari pejabat Datuk Seri Najib,” jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, peguam Anwar, R. Sivarasa Rasiah, pimpinan PKR dan penyokong beliau.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009