AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 5, 2010

Pendakwaan Terpilih Polis Jejas Masa Depan Pelajar Aswara


KUALA LUMPUR 5 Mac - Pendakwaan terpilih pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin jelas menjejaskan masa depan pelajar tersebut yang dihadapkan ke muka pengadilan berikutan tindakan beliau bergurau dalam laman sosial Facebook.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan pendakwaan pelajar Aswara berusia 25 tahun itu boleh menyebabkan masa depan beliau musnah hasil tunding jari pihak polis untuk menutup kelemahan mereka ketika isu kalimah Allah hangat diperkatakan.

"Polis berbuat demikian hanya mahu menunjukkan mereka bertanggungjawab menyelesaikan isu kalimah Allah tanpa menghiraukan tertuduh benar-benar bersalah ataupun hanya bergurau.

"Sepatutnya pelajar terbabit perlu diberi amaran tanpa memusnahkan masa depan beliau sehingga didakwa," jelasnya.

Shamsul berkata polis dan Kementerian Dalam Negeri gagal menjaminkan keselamatan negara tetapi dengan membuat tangkapan pelajar terbabit ia seolah-olah menunjukan imej sandiwara polis berjaya menyelesaikan isu tersebut.

Menurutnya lagi pelbagai pihak mengenengahkan isu kalimah Allah dalam laman sosial Facebook termasuklah barisan Umno yang menggelarkan mereka 'penentang penggunaan nama Allah oleh bukan
golongan Islam' yang terdiri dari Exco Pemuda Umno Malaysia Tun Faisal Ismail dan Datuk Mukhriz Mahathir tetapi tidak pula dikenakan sebarang tindakan.

"Saya tertanya-tanya mengapa pendakwaan terpilih sahaja berlaku pada pelajar tersebut tanpa mengenakan sebarang tindakan terhadap pihak lain yang cuba menyemarakkan isu kalimah Allah yang menjadi perbalahan dalam laman-laman sosial internet," katanya semasa dihubungi Suara Keadilan.

Mohamad Tasyrif didakwa telah memberi komen di Facebook dengan niat mengganggu ketenteraman umum menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Mahkamah Seksyen Petaling Jaya menetapkan Mohamad Tasyrif dibicarakan 1 November depan.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009