AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 5, 2010

Analisa Khairy Jengkel


KUALA LUMPUR 5 Mac - Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendakwa bahawa pengekalan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan mengundang lebih banyak masalah kepada parti dan pakatan pembangkang merupakan analisa yang cetek.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Zainuddin berkata analisa Khairy mengenai kepimpinan Anwar dalam Pakatan Rakyat bersifat pandangan peribadi tetapi rakyat juga mempunyai perhitungan mereka sendiri terhadap Anwar.

"Apa sahaja pandangan dan analisa beliau itu adalah analisa secara peribadi tetapi analisa juga datang daripada rakyat.

"Keputusan pilihan raya Umum lalu menampakkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar. Itu menunjukkan satu bukti bahawa rakyat sayang dan percaya dengan kepimpinan beliau.

"Kenyataan yang dikeluarkan Khairy adalah satu kenyataan yang tidak bijak dan analisa yang cukup jengkel serta bertentangan dengan seorang yang dikatakan mempunyai daya intelektual yang tinggi," ujarnya.

Khairul yang lebih mesra dengan Jonah berkata, Anwar merupakan aset penting kepada Pakatan rakyat dan menjadi faktor penyatu gagasan itu.

Malah Anwar bukan sahaja simbol perjuangan Pakatan Rakyat tetapi gerakan rakyat secara keseluruhan.

Bagaimanapun, Jonah menafikan kenyataan Khairy bahawa Pakatan Rakyat hanya bergantung semata-mata kepada faktor Anwar untuk terus bertahan dan kekal dalam arus politik semasa.

"Pakatan Rakyat dalam proses menyediakan barisan kepimpinan.

Jadi adalah tidak tepat kalau hanya nampak Anwar satu-satunya pemimpin dalam PR. Ada ramai pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat yang berusia lingkungan 40 hingga 55 tahun yang berkualiti dan mempunyai gagasan, ketrampilan dan amanah samada dalam KEADILAN, PAS mahupun DAP.

"Kita ada ramai pimpinan dan sedang mengasah kepimpinan untuk menjadi pimpinan negara dan 'national figure'. Yang penting Pakatan Rakyat lebih suka melihat proses tersebut berlaku secara "neutral" dan melalui proses pengalaman dan secara berperingkat.

"Bukan sebab anak Perdana menteri, terus menjadi ahli parlimen Pekan. Bukan anak bekas menteri atau ketua menteri untuk menjadi ahli politik tetapi pimpinan Pakatan Rakyat terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat rakyat," tegas beliau.

Beliau menambah Pakatan Rakyat tidak ketandusan pemimpin dan mempunyai jumlah kepimpinan yang berkualiti yang boleh diangkat untuk menjadi sebagai pemimpin negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009