AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 5, 2010

CheGuBard Desak Polis Siasat Deepak


KUALA LUMPUR 5 Mac - Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mendesak pihak polis membuat siasatan terhadap syarikat Carpet Raya Sdn Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Badrul atau CheGuBard membuat laporan polis terhadap syarikat yang beralamat di Taman Maluri Cheras itu di Balai Polis Dang Wangi pukul 2:35 petang semalam.

Carpet Raya dimiliki oleh Deepak Jaikisnan yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Beliau adalah individu yang didakwa oleh penyiasat persendirian P. Balasubramaniam membuat bayaran bagi pihak Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor kepadanya supaya beliau menghilangkan diri.

Bala mendakwa sebelum sesi pembayaran tersebut beliau telah dibawa bertemu adik dan adik ipar kepada Najib oleh Deepak.

CheGuBard juga berkata keuntungan syarikat tersebut amat meragukan kerana memiliki aset hampir RM90juta.

"Kami telah mendapat maklumat ini sebulan lebih dan menurut daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Carpet Raya yang beralamat di Cheras juga mempunyai cawangan di Nilai.

"Menurut satu sumber akaun terakhir syarikat tersebut memiliki aset hampir RM90juta dengan tanggungan keseluruhan RM67juta dan simpanan melebihi RM12juta dan pada tahun 2005 merekodkan pendapatan syarikat tersebut sebanyak RM122juta dan keuntungan RM7 juta tetapi nilai sebenar dijangka lebih dari itu.

"Keuntungan dan transaksi sebesar ini amatlah meragukan kerana jika dirujuk kepada pihak pendaftar syarikat ia hanyalah terbabit dalam penjualan karpet," jelas beliau.

Beliau berharap pihak polis akan membuat siasatan rapi terhadap laporan yang dibuat kerana dakwaan terhadap Deepak adalah serius.

"Kita ada bukti sokongan dan harap polis dapat mengambil tindakan segera kerana siasatan yang telus akan membawa kepada pembongkaran kes pembunuhan Altantuya. Ini kerana penglibatan Deepak adalah secara langsung dan telah disebut oleh Balasubramaniam. Malangnya sehingga kini tiada laporan polis," tambah CheGuBard.

Selain dari laporan polis beliau juga mendedahkan maklumat yang diperolehinya itu dalam buku terbitannya, "Disebalik Misteri Pembunuhan Altantuya".

"Kita tidak akan diam diri dan akan terus menyerang isu ini agar dapat mencari kebenaran disebalik pembunuhan itu, jika maklumat itu benar maka tindakan sewajarnya harus diambil ke atas pemilik syarikat tersebut," tegasnya lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009