AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 5, 2010

Lompat parti : “Ia berlaku kerana pengaruh wang” - Latheefa Koya


KUALA LUMPUR : Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti sekali gus mahu mewujudkan 'barisan merdeka' bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba.

"Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mampu bersaing dengan Barisan Nasional (BN) apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan.

"Rancangan dahsyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini. Krisis di Perak adalah antara kes yang jelas di mana kejadian memanipulasi kewangan jelas kelihatan.

"Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya," kata Ketua penerangan PKR, Latheefa Koya dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.com.

Tambah beliau, pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang menurut jejak langkah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng adalah sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Malangnya, kata Latheefa, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini.

"Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN.

"Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik tidak mengejutkan kami," kata Latheefa Koya lagi.

Menurut beliau, selepas peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah.

Kata beliau, Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China.

"Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR, tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya.

"Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit," jelas beliau.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, kata Latheefa, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini.

"Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Sejak pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

"Kami menyeru rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik," kata Latheefa Koya lagi.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009