Arkib Blog

Friday, March 5, 2010

Johor bakal muflis? Mungkin banyak aset perlu dijual – Zabiedie Abas


KUALA LUMPUR : Sumber pendapatan yang tidak boleh menampung bebanan hutang kerajaan negeri Selangor berkemungkinan akan menyebabkan beberapa aset kerajaan negeri terpaksa dijual bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri.

"Hutang yang terpaksa ditanggung berjumlah 3.58 billion tetapi yang mampu dibayar hanyalah berjumlah 1.5 bilion sahaja. Hingga kini, ada hampir 2.08 bilion jumlah hutang yang tidak mampu dibayar sehingga 2012," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zabiedie Abas kepada EraPakatan.com.

Menurut beliau, negeri Johor tidak miskin kerana hasil bumi dan pelancongannya yang tinggi, namun ketirisan dan pembaziran yang dilakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan negeri hampir muflis.

"Jika benarlah kerajaan Johor akan muflis, saya yakin kebanyakan rakyat yang berniaga akan gulung tikar dan kakitangan kerajaan juga akan menghadapi masalah.

"Penyeliaan penyelenggaran di klinik juga telah diberhentikan perkhidmatannya. Guru-guru di Johor juga tidak akan mendapat elaun kerja lebih masa seperti kelas tambahan," kata beliau lagi.

Zabiedie berkata, beliau kesal kerana walaupun kerajaan sedar mereka menghadapi kekurangan duit, namun kerajaan masih rancak menjalankan program-program yang membazir dan tidak mendatangkan hasil.

"Umno, menerusi Juara Rakyat menelan hampir RM60 ribu untuk satu Parlimen dan program ini langsung tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat," kata Zabiedie.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009