AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 5, 2010

“Kita perlu demonstrasi di kawasan parlimen wakil rakyat melompat!” - Zunar


KUALA LUMPUR : Kira-kira 2000 aktivis reformasi sejak 1998 dahulu, kini tampil membuat seruan agar semua rakyat seluruh negara membuat demontrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing yang dikenalpasti sebagai wakil rakyat melompat.

Kartunis reformis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee S M Anwar Ulhaque kini sekali lagi tampil dengan syor bersama rakan-rakan reformis, membuat seruan tersebut setelah melihat gejala lompat parti ini semakin menjadi-jadi mutakhir ini.

Dalam suatu kenyataan media kepada erapakatan.com di sini, baru-baru ini, beliau yang mewakili kira-kira 2,000 reformis itu berkata, rakyat hari ini perlu segera mengadakan bantahan ke atas sikap ahli parlimen yang bersikap curang terhadap pengundi selama ini.

"Kami menyeru semua pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstarasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti.

"Kita juga mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan ini adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia," tambah beliau lagi.

Antara wakil-wakil aktivis reformasi yang tampil membangunkan seruan untuk mengadakan demonstrasi di kawasan Parlimen itu ialah:

1. Nasir Isa
2. Mohd Hamdi Mohd Said
3. Badaruddin Ismail
4. Syed Baniamin Syed Baharuddin
5. Norzairi Jantan
6. Sow Hock Hin
7. Badrulhisham Mohd hanafiah
8. Mohd Hafifudin Nordin
9. Pospan Lingam Sinakanu
10. Abdul Rahman Hackeem
11. Zainal Misran (Enot)
12. Zunar
13. Haili Ahmad

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009