AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, February 26, 2010

Saman Fitnah Anifah 7 April


KUALA LUMPUR Feb 26 — Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan kerajaan untuk mengenepikan saman fithnah berjumlah RM100 juta yang difailkan oleh Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 April nanti.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor dalam kamar semalam.

Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wan Anuar Shadat memberitahu media bahawa permohonan tersebut akan didengar di hadapan Persuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Abraham.

Datuk Seri Anwar telah menfailkan saman terhadap Anifah pada 25 Mei 2009 berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anifah semasa sidang akhbar di Washington pada 16 Mei 2009

Beliau menamakan Datuk Seri Anifah atas kapasiti peribadinya dan selaku Anggota Parlimen Kimanis sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Dalam samannya, beliau menuntut RM100 juta untuk ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan serta injunksi bagi menghalang defendan daripada terus bercakap, menulis atau menerbitkan perkataan yang didakwa fitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Datuk Seri Anwar berkata Menteri Luar itu dalam sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton di Jabatan Negara Amerika Syarikat di Washington membuat kenyataan bahawa beliau ada menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008.

Datuk Seri Anwar turut mendakwa bahawa menteri tersebut telah memfitnahnya dengan mengatakan bahawa beliau cuba membeli Anggota Parlimen dan mencemarkan imej negara.

Katanya Datuk Seri Anifah telah menyemai kebencian dan kemarahan terhadap beliau dalam kalangan awam, merendahkan kedudukannya, menggalakkan serta memulakan penghinaan politik, mengaburi kebenaran serta menyebar kepalsuan.

Menteri itu pula dalam permohonan untuk mengetepikan saman itu yang difailkan pada 2009, berkata ia adalah cacat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Peguam Datuk Seri Anwar Sankara Nair yang dihubungi memberitahu perbicaraan masih belum bermula lagi dan apa yang dilakukan hanya persiapan dokumentasi bagi persiapan perbicaraan nanti.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009