AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, February 26, 2010

SPRM Guna OSA Kekang Maklumat Kes Bala


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengekang peguambela penyiasat persendirian P. Balasubramaniam daripada memberi sebarang maklumat kepada melalui Akta Rahsia Rasmi 1972.

Americk Singh Sidhu yang bertindak sebagai peguam Bala berkata adalah sukar beliau menerangkan kepada media perkembangan kes Bala kerana setiap surat daripada SPRM dicop sebagai "Rahsia".

"Berkenaan kes Bala saya benar-benar diikat daripada mendedahkan sebarang maklumat kerana surat SPRM bertanda "Rahsia". Ini bermakna sekiranya saya mendedahkan kandungan surat yang saya terima daripada mereka kemungkinan saya akan disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi," kata peguam itu dalam emel ke Suara Keadilan.

Walau bagaimanapun Americk berkata peguam beliau, Manjeet Singh Dhillon telah menulis kepada SPRM membantah mengenakan akta tersebut dalam sebarang urusan komunikasi antara Bala dengan agensi tersebut.

"Manjeet Singh telah menulis surat kepada SPRM membantah syarat yang diletak oleh SPRM. Kita tidak pernah setuju dengan cara ini dan saya masih menunggu jawapan SPRM kepada surat peguam saya," jelas Americk.

Disember lalu Bala menyatakan kesediaan beliau bertemu SPRM keterangan berhubung pendedahan rakaman temu ramah terbaru beliau berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan mengenakan beberapa syarat yang menjamin keselamatan peribadi beliau.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009