AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, February 26, 2010

PKR Pertahan Diri Di Mahkamah


Parti Keadilan Rakyat akan mempertahankan pendirian berhubung saman yang difailkan terhadap Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan tiga pihak lain oleh Menteri Besar "Mahkamah" Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah parti telah melantik seorang peguam untuk meneliti saman tersebut.

"Zambry telah memilih untuk pergi ke mahkamah dan kita akan siasat perkara ini. Kita akan pertahankan pendirian kita di mahkamah nanti," ujarnya.

Menurutnya KEADILAN telah melantik Ranjit Singh untuk meneliti kandungan saman tersebut sebelum mengambil apa-apa tindakan susulan.

"Kita akan lihat apakah butiran dan fakta yang terkandung dalam saman ini dan kita akan dapatkan nasihat dari peguam," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Hari ini Dr Zambry memfailkan saman terhadap presiden berjumlah RM100 juta dan tiga pihak lain berhubung artikel yang disiarkan organ parti itu, Suara Keadilan.

Dr Zambry mendakwa artikel bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas" yang dimuatkan dalam isu Suara Keadilan bertarikh 29 Disember hingga 5 Januari lalu mengandungi perkataan berunsur fitnah, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009