AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, August 10, 2009

Salleh, Mat Sabu calon pilihan PAS di Pmtg Pasir

Jawatankuasa pusat PAS semalam membincangkan lima nama yang disenaraikan - termasuk Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan ahli jawatankuasa pusatnya Mohamad Sabu - untuk kerusi DUN Permatang Pasir.

Bagaimanapun jawatankuasa tersebut tidak memutuskan nama calon tersebut dan keputusan muktamad akan ditetapkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Tiga lagi nama yang turut dicadangkan: Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Rosidi Hussain, Ketua Pemuda negeri Mohd Yusni Mohd Piah dan Shamsul Kamal Sahpie, iaitu pegawai peribadi penyandang kerusi tersebut, allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.

NONEBagaimanapun Salleh dan Mohamad, yang juga timbalan pesuruhjaya II PAS negeri, disebut-sebut sebagai "calon pilihan" PAS untuk pilihanraya kecil tersebut - yang kelapan sejak selepas pilihanraya umum Mac 2008.

Difahamkan parti itu akan mengumumkan calonnya "bila-bila masa", hanya menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Suruhanjaya tadi mengumumkan 25 Ogos sebagai hari mengundi, dan 17 Ogos pula hari penamaan calon.

Pilihanraya ini diadakan susulan kematian Mohd Hamdan, ADUN tunggal PAS di negeri tersebut, pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir antara tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan umno.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009