AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, August 10, 2009

Siasatan SPRM Keatas ADUN PR Ada Motif Lain

Shah Alam , 10 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya menyiasat Adun yang didakwa menyeleweng, malah siasatan dijalankan ke atas semua Adun Pakatan Rakyat.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata, tindakan ini dilihat sebagai satu arahan pihak tertentu yang berusaha merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Menurut Teng, ia juga akan menjejaskan kredibiliti wakil rakyat atau exco untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

“Saya rasa kesal khususnya sebagai Speaker, saya harap SPRM dapat memberi pengesahan dalam tempoh dua minggu sama ada saya ada kes atau tidak, saya tidak mahu ianya ditangguhkan bertahun-tahun sehingga orang membuat pandangan serong terhadap saya,”Katanya.

Teng berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabatnya di Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, perkara ini tidak boleh ditangguhkan bertahun-tahun kerana ia akan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Speaker Dewan Negeri dan masyarakat akan memberi pandang negatif terhadapnya.

Beliau yang juga Adun Sungai Pinang kesal dengan tindakan SPRM melancarkankempen memancing bukti di Pejabat-pejabat Daerah dengan menyemak fail dan dokumen semua Adun Pakatan Rakyat.

“Terkilan dengan tindakan SPRM melancarkan kempen memancing bukti di pejabat daerah Selangor dengan mendapatkan dokumen dan fail-fail peruntukan kawasan DUN Pakatan Rakyat,”

Pada sidang media ini, Teng turut mengedarkan dokumen perbelanjaan terhadap peruntukan DUN Sungai Pinang sehingga 20 Julai tahun ini.

Katanya, jika berlaku penyelewengan terhadap perbelanjaan tersebut, nama yang tersenarai, boleh tampil membantu siasatan SPRM.

Teng menjelaskan, satu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan diadakan bagi menyemak dana semua ADUN, termasuk Barisan Nasional Selangor pada 25 hingga 28 Ogos ini.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009