Penduduk Kampung Buah Pala membentuk perisai manusia menghalang 50 orang upahan pemaju dari merobohkan kampung mereka. Pada jam 11 pagi tadi, suasana menjadi tegang apabila orang-orang pemaju tiba di kampung itu bersenjatakan batang besi dan tukul untuk merobohkan rumah-rumah di situ. Menyedari kehadiran mereka, 300 penduduk kampung cuba menghalang sambil melaungkan slogan mengutuk pemaju. Lebih 100 anggota polis dikerah ke tempat kejadian. Suasana tegang ini dapat dileraikan selepas penduduk kampung dan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd. bersetuju untuk mengadakan rundingan. Wakil penduduk dan pemaju dibawa masuk ke sebuah van polis untuk mengadakan perbincangan. Sementara itu, wartawan kami di Pulau Pinang mengatakan kerajaan negeri berjanji untuk membantu penduduk kampung menyelesaikan permasalahan ini dengan sewajarnya. Sumber: tvantara |
Arkib Blog
Tuesday, August 4, 2009
Pemaju- Penduduk Kampung Buah Pala Bertembung, Kerajaan Negeri Campur Tangan Tenangkan Keadaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment