Ibu kepada mangsa pembunuhan polis, Kugan Ananthan hari ini hampa dengan keputusan Mahkamah Tinggi menerima permohonan kerajaan untuk tidak menyerahkan sampel bedah siasat yang dirampas polis dari Pusat Rawatan Universiti Malaya (PRUM). Hakim, Ghazali Cha berkata, menerima permohonan kerajaan ini atas dasar teknikal- ibu Kugan tidak sepatutnya difailkan melalui notis usul. N. Indra cuba mendapatkan sampel bedah siasat anaknya termasuk gambar dan dokumen hasil bedah siasat yang dijalankan oleh patologis PRUM. Kugan 22 ditahan di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya pada Januari tahun ini selepas disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta. Mendiamg ditemui mati dengan kesan-kesan penderaan pada tubuhnya. Bedah siasat kedua ini dibuat atas permohonan keluarga Kugan yang tidak dapat menerima laporan bedah siasat pertama dari Hospital Serdang yang mendakwa Kugan mati akibat cecair dalam paru-paru. 11 orang polis yang dituduh membunuh Kugan dipindahkan ke Bukit Aman. Sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil ke atas mereka. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Tuesday, August 4, 2009
Ibu Mangsa Kecewa- Mahkamah Sokong Kerajaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment