Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa berkata penahanan ke atas beliau mungkin ada kaitan dengan komplot politik memandangkan beliau adalah salah seorang peguam kes sodomi 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang ditemui oleh TV Antara di lobi Mahkamah Sesyen, Jalan Duta berkata beliau yang sepatutnya telah dibebaskan telah ditahan semula atas arahan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. “Tindakan macam ini seperti cuba seksa saya kerana tahu saya adalah salah seorang peguam Datuk Seri. Sebelum ini peguam YB Muzahib ditangkap tapi sudah dibebaskan begitu juga dengan saya. Tapi apakan daya, selepas itu saya ditangkap semula atas arahan khusus dari Bukit Aman. jelas menunjukkan bahawa ini keputusan politik. “Saya lihat memang berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Saya ditahan atas alasan tidak berguna dari segi undang-undang iaitu belum siasat lagi. Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung semula pada 2 September depan. Antara peguam yang mewakili Anwar dalam kes berkenaan adalah Amir Hamzah Arshad, Sankara Nair dan Latefa Koya. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Tuesday, August 4, 2009
Penahanan Sivarasa satu komplot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment