AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, August 12, 2009

Doktor Tak Sihat, Anggota Forensik Beri Keterangan



Pasukan forensik polis akan memberi keterangan hari ini ekoran pakar pathologi Dr Khairul Azman Ibrahim tidak dapat menyambung keterangannya kerana tidak sihat.

Beliau sepatutnya disoal balas oleh para peguam keluarga Teoh Beng Hock serta peguam yang mewakili kerajaan Selangor dan Majlis Peguam hari ini.

Bagaimanapun, di permulaan sesi inkues pada jam 10.35 pagi ini, peguam yang dilantik kerajaan, Tan Hock Huan, yang membantu koroner Azmil Muntapha Abas, memaklumkan bahawa Dr Khairul tidak sihat dan tidak dapat hadir hari ini.

Dr Khairul sebelum ini memberitahu beliau berasa tidak sihat dan sakit tekak ketika memberi keterangan semalam.

Tan juga berkata, seorang lagi pakar pathologi Dr Prashant Naresh Semberkar, yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Teoh bersama Dr Khairul, juga tidak sihat dan tidak dapat memberi keterangan hari ini.

Koroner Azmil kemudiannya bersetuju supaya kedua-dua saksi tersebut memberi keterangan pada hari lain, kemungkinan esok.

Inkues diteruskan dengan mendengar keterangan pegawai polis yang pertama tiba di tempat kejadian. Anggota pasukan forensik polis juga dijangka dipanggil memberi keterangan.

Manakala di dewan Mahkamah Majistret Shah Alam pula, ramai memakai penutup muka, termasuk Tan dan beberapa wartawan yang membuat liputan, ekoran wabak influenza A (H1N1) sekarang.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009