AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, August 12, 2009

Selangor Cadang Enakmen Baru Perkukuh Dewan Negeri

Bagi meningkatkan mutu perbincangan dalam setiap persidangan Dewan Negeri Selangor, kerajaan negeri hari ini mencadangkan satu Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor 2009 atau SELESA, digubal.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, SELESA bertujuan memperkasa dan meningkatkan keberkesanan Dewan Negeri Selangor menerusi pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan, seperti yang dipraktikkan di Negara-negara Komanwel.

“Perbincangan mengenai draf ini dan perbincangan ini akan diteruskan dan supaya kita dapat memantapkan usaha supaya dewan ini dapat bergerak secara bebas dan berupaya untuk menguruskan dewan,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Beliau yakin SELESA mampu mengasingkan fungsi badan eksekutif daripada Dewan Negeri sebagai sebuah badan perundangan.

“Dengan ini tujuan untuk memberi kuasa kepada tiga bahagian kerajaan iaitu memberi kuasa kepada legistratif iaitu penggubal undang-undang yang tertakluk dibawah dewan, eksekutif bawah kuasa Menteri Besar, dan mengenai badan kehakiman di bawah kuasa persekutuan seperti yang termaktub dalam undang pembangunan Malaysia dan undang-undang enakmen negeri Selangor,” katanya.

Seminar ini turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr Abdul Isa Ismail dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Wan Razali Wan Mah Hussein.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009