AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, August 12, 2009

Mansuhkan PPSMI Segera



Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih meninggalkan seribu tanda tanya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustafa Kamil Ayub mempersoalkan logik kerajaan memerlukan masa sehingga dua tahun untuk memansuhkan dasar itu, meskipun kajian kerajaan sendiri menunjukkan PPSMI telah menjejaskan pelajaran anak-anak.

Lebih membimbangkan adalah, kerajaan belum mengumumkan langkah konkrit memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris, seraya mengundang kebimbangan dari ibu-bapa dan murid-murid yang berminat untuk menguasai bahasa antarabangsa itu.

“Pengumuman pembatalan pemansuhan PPSMI ini agak mengelirukan, ia mengambil masa dua tahun lebih baru ia dimansuhkan. Itu memang menimbulkan kesangsian apakah benar-benar kerajaan Barisan Nasional hari ini benar-benar mahu mansuhkan pelaksanaan PPSMI ini.

“Memang timbul pelbagai tanda tanya yang tidak pasti mengenai strategi sebenar bagaimana pemansuhan PPSMI ini dapat dimansuhkan disamping kita lihat apa yang kelihatan adalah strategi untuk memantapkan Bahasa Inggeris yang kita tidak tentang ramalan itu malahan kita mendokong soal pengukuhan Bahasa Inggeris tetapi apabila pembatalan pemansuhan PPSMI itu, kita tidak nampak jelas langkah-langkah yang konkrit dan strategi yang bakal diambil oleh kerajaan Barisan Nasional hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Kajian dari pelbagai pihak menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan PPSMI terdapat banyak kemerosotan ketara dalam pencapaian pelajar dalam penguasaan Sains dan Matematik.

Sebelum ini, hasil kajian daripada Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional mengukuhkan bahawa pelaksanaan PPSIM harus ditamatkan.

Sistem pengajaran PPSMI yang diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi impak yang besar kepada kemerosotan pelajar dalam menguasai subjek Sains dan Matematik.

Menurut Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Emeritus, Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, PPSMI hanya dapat dijayakan jika kerajaan mempunyai ramai guru yang berpengalaman mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Khoo berkata dengan hanya membaca buku sahaja untuk mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris.

“Orang yang hanya membaca buku tetapi tidak mempunyai pengalaman tidak seharusnya diberi kuasa untuk merancang satu sistem mahupun satu pendekatan yang boleh memberi kesan kepada pelajar sendiri.

“Orang yang tidak pernah mengajar kemudian diberi kuasa untuk merancang satu sistem perguruan adalah tidak baik, apa yang ada di sekarang, kita tidak mengutamakan pengalaman,” katanya.

Beliau turut memberi contoh terdapatnya Special Malay Class (SMC) yang pernah diwujudkan dulu.

SMC adalah merupakan sebuah kelas yang disediakan untuk pelajar Melayu ketika itu untuk mereka yang berminat untuk belajar di kelas Inggeris. SMC tidak mempunyai masalah kerana tiada nilai paksaan bagi mengikuti kelas tersebut.

Tambah beliau, guru yang ada sekarang kebanyakannya tidak diberi latihan yang bersesuaian dengan modul pembelajaran yang ingin diterapkan di dalam minda pelajar.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan apa yang paling penting bagi menguasai Bahasa Inggeris, penguasaan Bahasa Inggeris dan sastera Bahasa Inggeris itu sendiri perlu diperkukuhkan dari peringkat akar umbi.

“Pihak berkuasa tidak memilih guru yang benar-benar fasih dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar. Bukan tiada guru yang fasih dalam Bahasa Inggeris, ada ramai. Sekarang ada guru bersara yang berumur 60, 61 tahun, kalau mereka masih sihat, apa salahnya kalau mereka diguna sebagai guru sementara, ada ramai sanggup tetapi tidak diambil, jadi kalau ditolak guru yang lemah mengajar Bahasa Inggeris untuk mengajar, macam mana? Itu gagal sistem itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Khoo berkata sewajarnya sekarang pihak berkuasa harus faham memilih jalan untuk menyelesaikan masalah PPSMI ini dengan segera dan tidak perlu menunggu tahun 2012 untuk dimansuhkan bagi mengelakkan lebih ramai pelajar yang menjadi mangsa kepada bahan kajian pembuat dasar-dasar tersebut.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009