AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 3, 2009

86 Peratus Belia Dinafikan Peranan, Ide dan Terpinggir

PETALING JAYA, 2 Jun - Krisis kemanusiaan merupakan satu peristiwa yang mewujudkan satu ancaman, mungkin menjejaskan keselamatan, keamanan, kesihatan, keselesaan, ketenteraman awam sama ada dari sudut jiwa mahupun fizikal kepada komuniti yang membabitkan kawasan yang luas dan memberi kesan jangka panjang.

Demikian kata Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj Husin Ismail ketika memulakan sesi perbincangan forum pada Konvensyen Agenda Pembangunan Belia di Hotel Hilton, di sini malam tadi.

“Terdapat dua bentuk krisis kemanusiaan, antaranya krisis kemanusiaan semulajadi ataupun bencana alam dan krisis ciptaan manusia seperti konflik peperangan akibat perbuatan manusia sendiri yang mempunyai matlamat tertentu dan mengejar hasrat masing-masing”, katanya.

Selain itu, krisis kemanusiaan juga boleh wujud apabila berlaku pertembungan ideologi yang berbeza yang mempunyai kepentingan tersendiri sesuatu pihak sama ada berteraskan kepada politik mahupun ekonomi.

Dalam konteks penglibatan belia dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula, jelas menunjukkan bahawa peranan mereka kian terpinggir sama ada dalam kalangan komuniti mahupun negara.

“Hampir 86% golongan belia tidak terlibat dalam konteks membuat sebarang keputusan walhal populasi mereka ini antara terbanyak dalam sejarah manusia tetapi peranan dan idea mereka dinafikan dan tidak diketengahkan di peringkat nasional”, kata Pengurus Projek, Program Pembangunan United Nation, Siti Altaf Deviyati Ismail. - SAHRULNIZAM M.ZAIN

Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009