AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 3, 2009

Dr Mansor angkat sumpah sebagai Exco pagi tadi

PULAU PINANG, 3 Jun (Hrkh) - Dr Mansor Othman yang baru memenangi Pilihanraya Kecil Penanti pada 31 Mei lalu mengangkat sumpah sebagai Exco di kediaman rasmi Sri Mutiara, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abas jam 9.45 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu.

Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam. - azm _

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009