AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 3, 2009

Selangor Kaji Semula Pemberian Lesen Pusat Siber



Kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula pemberian lesen pusat siber oleh pihak berkuasa tempatan untuk membendung gejala maksiat seperti permainan judi di pusat-pusat sedemikian.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim turut menolak permintaan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat siber dari 12 tengah malam kepada 3 pagi.

"Saya ingat buat masa ini kerajaan negeri belum mengubah apa-apa pendirian tentang memanjangkan masa perniagaan. Ini adalah disebabkan kerajaan juga mendapat cadangan pemerhatian daripada ahli-ahli majlis yang mengatakan masalah social juga kita hadapi dan terdapat juga siber café yang tidak memberi kebaikan kepada anak-anak muda," katanya.

Tan Sri Khalid membangkitkan masalah sosial, termasuk maksiat di pusat siber pada dialog bersama pemilik pusat siber di Bangunan Annex, Shah Alam petang tadi.

Perjumpaan ini turut dihadiri wakil PBT, ahli-ahli majlis PBT dan wakil persatuan penduduk.

Tan Sri Khalid mendedahkan kira-kira 60 peratus daripada pusat siber di Selangor tidak mempunyai lesen dan menyalahguna premis mereka untuk aktiviti maksiat seperti permainan video judi.

Pengunjung utama ke pusat-pusat ini adalah remaja dan pelajar.

Tan sri Khalid memberi tempoh sebulan kepada penguasa tempatan dan pemilik siber café untuk mencari pendekatan bagi menangani masalah sosial yang bercambah daripada premis terbabit.

"Kita akan membuat kajian dan hasil daripada kajian kita akan buat kepuusan sama ada kita boleh menimbangkan permintaan pengusaha dan juga mencari jalan bagaimana masalah social terutama pemilik-pemilik siber yang tidak mempunyai lessen dapat kita kurangkan dan kita hapuskan," tambah beliau.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan juga akan membuat kajian terhadap keperluan siber café mengikut permintaan penduduk di kawasan Bandar dan di luar Bandar.

Sumber: tvantara.com

2 comments:

AJAI- Admin on June 4, 2009 at 8:44 AM said...

Kemana Anak Muda harus pergi??? Anak Muda yang nak berniaga cyber cafe secara jujur menjadi mangsa.. Cyber cafe salah?? Rempit salah??

Fahamilah anak muda??
Cyber cafe banyak kebaikannya tetapi menjadi tugas pemimpin/penguasa untuk mengawasi supaya tidak disalahguna..

Rempit kalau ditukar kepada sukan permotoran secara sah mungkin ramai yang cemerlang..

Ibarat..
Tak semua pokok sama..
ada yang perlu air banyak..
ada yang perlu cuma sedikit air sahaja boleh hidup..
Ada yang memerlukan tanah merah..
Ada yang memerlukan tanah gambut..
Macam-macam lah sifat pokok ni..
Tapi kalau tanam dan bela dengan cara dan mengikut keperluan semulajadi masing-masing.. Insyaallah semua pokok berbuah dan berbunga.. Begitulah juga resam manusia..

Anonymous said...

jgn main tangkap muat mcm kerajjan sebelum ni yang dok mennyusahkan rakyat.Tak datang tgk tapi buat mcm2 andaian dah.kafe siber salah nu salah ni salah..majlis bandaran dok kompaun kata lesen tak da..nak tak nak kena la hulur sikit..ni cara BN.Harap kerajaan baru lebih praktikal dan realistik.kalau satu kedai majalah jual majalah lucah...tutup n bekulah semua lesen kedai majalah...tak payah nak pantau2..pukul 10 pagi lepak kedai kopi minum free...majalah dapat free...taokey majalah bagi..

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009