AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 7, 2009

Sidang DUN Perak

Sumber Terkini dari Pahang Daily Online:

Kronologi Perjalanan Sidang DUN Perak

2.50 pm - Tidak dapat dipastikan siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini. Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan. Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar. Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan

2.45 pm - Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker. Speaker Haram, R.Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

2.40 pm - Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker telah diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

2.20 pm - Sidang DUN Perak terus kecoh bila pasukan polis berpakaian seragan sekitar 20 orang telah masuk campur menceroboh ke DUN Perak yang mulia. Terdapat usaha merampas kerusi Speaker. Sementara itu ADUN Pakatan Rakyat terus menghalang Ganesan mengambilalih tugas Speaker Sivakumar.


Ganesan dikerumuni oleh ADUN Pakatan Rakyat ketika mulakan sidang

2.15 pm - Sidang DUN Perak disambung semula dan terus kecoh isu Speaker baru.

[Sidang DUN Ditangguh Lagi Selama Sejam]

1.02 pm - Speaker "Haram" Ganesan tangguhkan sidang DUN selama sejam selepas luluskan satu usul oleh Exco kanan, Hamidah Osman.

1.00 pm - Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN Pakatan Rakyat dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya. Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggung jawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suarnya tidak berfungsi. Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.


Speaker haram dengan jubahnya, Ganesan dihalang urus sidang DUN
Speaker haram Ganesan, dihalang oleh semua ADUN Pakatan Rakyat
12.49 pm - Speaker V.Sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu dia berulang kali halau keluar Ganesan tanpa gunakan pembesar suara

12.36 pm - Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat. Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya. Speaker arah Ganesan keluar dengan kuasa yang ada padanya.


Speaker DUN, menunjukkan dokumen pembatalan usul yang dibuat

Kecoh, Spekaer haram dilarang memulakan tugasnya oleh Sivakumar

Zambry Kecewa Sikap ADUN Pembangkang

IPOH [12.35 pm] - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak menghormati Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini. Malah, kata Zambry, Adun pembangkang bersikap samseng dengan menumbuk ahli Exco, Datuk Dr Mah Hang Soon, semasa di dalam Dewan. Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas sidang DUN Perak berhenti rehat selama sejam sebentar tadi.

12.34 pm - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kembali kecoh apabila disambung semula selepas rehat selama sejam. Speaker, V Sivakumar tetap mengambil tempat di kerusi Speaker.

12.27 pm- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Isnin ini (11 Mei) bagi membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

[Sidang DUN Rehat Selama Sejam]

11.35 am - Di luar Dewan juga semakin tenang. Jumlah penyokong berkumpul semakin kurang, tidak sampai 100 orang yang tinggal.

11.31
am - Suasana dalam Dewan kembali tenang. V Sivakumar dan semua ADUN tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

11.23
am - Bekas ADUN Sungkai, Datuk P Ganesan dilantik sebagai Speaker dan pada masa sama V Sivakumar masih di tempatnya.

11.00 am - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai, S Ganeson, bangun dan angkat sumpah sebagai Speaker Dewan. Sivakumar, bagaimanapun masih berada di tempatnya dan pertikaman lidah terus berlaku. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker) ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan Jawatan Kuasa Dewan. Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sg.Rapat.

10.58 am - Cadangan ganti Sivakumar disahkan Yit Foong

10.55 am - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bangun cadangkan bekas ADUN Sungkai ganti Sivakumar sebagai Speaker, disokong Exco Kanan, Datuk Hamidah


Panas, Sidang haram sedang berlangsung dalam DUN Perak padi tadi

Perlantikan Speaker baru yang dibantah oleh ADUN Pakatan Rakyat
10.50 am - ADUN Bebas, Yit Foong, mencelah beliau mahu ambil alih perjalanan Dewan daripada Sivakumar. Beliau dakwa sebagai Timbalan Speaker kini miliki majoriti sokongan untuk jalankan tugas Speaker.

10.41 am - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemukakan usul pecat Speaker, V Sivakumar dan disokong semua Adun Barisan Nasional (BN) dan Bebas tetapi ditolak oleh Speaker sendiri.

10.26 am - Beberapa lagi penyokong parti ditahan. Masih ada kira-kira 500 orang berkumpul di pintu depan bangunan SUK Perak.


Cemas, kekecohan berlaku bila usul pecat speaker DUN dikemukakan

10.10 am - Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat Speaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak. Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN Pakatan Rakyat. Speaker juga mohon Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan. 10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar

10.00 am - Suasana masih kecoh dalam Dewan, Speaker, V Sivakumar, terus desak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun Bebas keluar dewan dan tegaskan keputusan beliau adalah muktamad dan tidak akan benarkan perasmian sidang selagi mereka terbabit tidak keluar Dewan.


Cemas, beberapa ADUN Pakatan Rakyat kini menanti dengan sabar
9.45 am - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk mereka telah berubah. Mereka kemudian mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah. Kedudukan diubat sekarang sama seperti kedudukan semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak.

9.30 am - Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, tiba untukmerasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini. Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara, di perkarangan bangunan itu disambut Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Yang Dipertua Dewan, V Sivakumar dan timbalannya, Hee Yit Foong serta barisan Exco kerajaan negeri. Sejurus kemudian, Raja Dr Nazrin menaiki Peterana Diraja dan menerima hormat diraja daripada pasukan kawalan kehormatan yang dibarisi 105 pegawai dan anggota batalion 1 Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Kinta dan lagu rasmi negeri Perak dimainkan oleh Pancaragam PDRM Cawangan Kedah.

8.45 am - Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan kerana membawa poster, memakai baju hitam dan lilitan dengan tulisan 'BUBAR DUN". Sementara itu Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat yang baru sampai telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini. Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan namun mereka gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan ini menunjukkan bahawa Sidang DUN Perak kali ini adalah yang paling ketat dikawal polis dalam sejarah demokrasi dunia.


Memalukan, kawalan yang begitu ketat mencemar sidang DUN Perak
8.30 am - Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin, ditahan kerana cuba memasuki Bangunan Setiausah Kerajaan Negeri Perak

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009