AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 6, 2009

Saya kesal dengan tidakan polis : Anwar

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 6 Mei (SK) : KEMASKINI, Ketua Umum KeADILan merasa amat kesal dengan tindakan pihak polis yang bertindak menahan aktivis sosial Wong Chin Huat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Adalah difahamkan beliau ditahan kerana mengadakan satu persidangan media menyeru awam untuk memakai pakaian hitam pada 7hb Mei 2009 sebagai satu tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh Barisan Nasional di Perak,” Jelas Anwar dlam kenyataan beliau hari ini.

Seruan Wong agar orang ramai mengambil pendekatan memakai pakaian hitam sebagai satu tanda protes merupakan pendekatan yang tidak bersalahan dengan hak beliau sebagai warganegara Malaysia dan amalan Demokrasi.

Justru, penahanan ini jelas memperlihatkan wajah sebenar pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang baru berusia satu bulan ini.

“Saya menyeru agar segala tuduhan di bawah Akta Hasutan terhadap Wong Chin Huat digugurkan dan beliau dibebaskan serta merta,” tegas anwar mengakhiri kenyataan beliau.

Jurucakap kepada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat yang ditangkap polis atas kesalahan yang masih tidak pasti kini dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Beliau ditangkap selepas jam 8 malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur bawah siasatan Akta Hasutan setelah berucap semasa sidang akhbar Bersih dalam kempen ‘1Black Malaysia’ di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada tengahari semalam.

Wong, seorang pensyarah kajian media di sebuah universiti tempatan itu kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk soal siasat - kemudian dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui sejurus selepas tengah malam.

Difahamkan beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan akta Hasutan Koh Hong Sun berkata Wong yang ditahan di bawah akta tersebut kerana menulis beberapa artikel termasuk kempen “1Black Malaysia”,

Polis akan membuat keputusan hari ini samada untuk melanjutkan tempoh tahanan itu, membebaskannya atau mendakwanya di mahkamah.

Tindakan polis itu dipercayai berkaitan dengan kempen berbaju hitam esok. Bersih berkempen supaya semua rakyat Malaysia memakai pakaian berwarna hitam sebagai tanda membantah persidangan Dun Perak yang dianggap NGO itu “tidak mengikut perlembagaan.”

Bersih melancarkan kempen itu dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, pagi semalam.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009