IPOH [3.31 pm] - Raja Muda Perak,
Raja Nazrin Shah (foto) masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan
Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa
Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa. Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan Dato' Seri Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada kedua mereka. Apabila turun Dato' Seri Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran
Tuanku Raja Muda. Sebelum Sidang bermula sekali lagi Dato' Seri Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar. Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian sidang DUN.
Raja Nazrin Shah sedang bertitah bagi merasmikan Sidang DUN Perak
Nizar dan Ngeh turun dari pentas diRaja selepas mengadap tuanku
Sumber: Pahang Daily Online
0 comments:
Post a Comment