AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, January 11, 2011

Pengerusi Baru Ugut Pecat Kakitangan FELDA Jika Sokong Pakatan Rakyat


SHAH ALAM 11 JAN : Dalam ucapan sulungnya kepada kakitangan FELDA, Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dilaporkan harakahdaily telah mengugut memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Ugutan itu kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan(DPPWP) Herman Samsudeen disampaikan dalam pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan FELDA di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney pagi tadi.

Dalam pertemuan pagi tadi, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan Generasi ketiga FELDA yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak FELDA Kebangsaan (ANAK) yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

Dalam satu kenyataan DPPWP) kesal dengan tindakan Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Majoriti kakitangan FELDA yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan beliau yang mahu menunjukan kuasa itu. Mereka yang menyokong Barisan Nasional pun naik meluat dengan beliau.

Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka FELDA kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum ke -13.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan FELDA yang menyokong Pakatan.

"Hak setiap kakitangan FELDA untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan FELDA, dan beliau boleh diheret ke Mahkamah selepas itu," ujar beliau.

Beberapa pegawai kanan FELDA Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama FELDA telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh ANAK baru-baru ini.

Kemenangan peneroka FELDA Kemahang Tiga dan FELDA Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya mengantikan Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi ADUN undi Pos di Bagan Pinang.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi FELDA dibawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal Rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti FELDA. Apa agenda Najib sebenarnya?," soal beliau.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009