AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, August 26, 2010

Selangor Beri RM500 Sumbangan Hari Raya Kepada Kakitangan Awam


SHAH ALAM 26 Ogos - Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jusa ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru Kafa supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan,” petik kenyataan itu.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009