AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, July 2, 2010

Kes Curi Enjin, Permohonan Kurangkan Jaminan Selasa


Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menetapkan Selasa depan bagi mendengar permohonan Sarjan N. Tharmendran daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang didakwa bersubahat mencuri enjin milik TUDM, untuk mengurangkan wang jaminannya.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Noh, memberitahu terdapat fakta baru dikemukakan dalam notis usul dan afidavit yang masih belum dijawab.

"Pihak kami memohon kepada mahkamah untuk memberikan tempoh masa tambahan untuk menjawab secara keseluruhan kesemua notis usul dan afidavit yang difailkan oleh tertuduh, dan memberi akujanji bahawa perkara itu akan disempurnakan Isnin ini sebelum pendengaran," kata Hamidi.

Pada 29 Mac lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Aslam Zainuddin mengekalkan wang jaminan terhadap Tharmendran sebanyak RM150,000 selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan.

Pada 6 Jan lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Tertuduh, yang diwakili peguam bela N. Surendran dan M. Manogaran, berada dalam tahanan reman sementara menunggu bicara.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama, terhadap dakwaan dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009