AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, June 3, 2010

Saya Tidak Boleh Buktikan Penembusan Tanpa kesan Luka - Dr Mohd Razali Ibrahim


KUALA LUMPUR 3 Jun - Prosiding kes Fitnah 2, ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memangggil saksi, Dr Mohd Razali Ibrahim, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur memberitahu mahkamah berhubung latar belakang dan kelayakannya.

Yusof : Sehingga kini, berapa kes-kes dubur yang diperiksa awak?

Razali: kira-kira 100 kes berhubung penyiasatan dubur dalaman bergantung pada kes.

Yusof: Apakah prosedur untuk mengambil sampel-sampel dubur.

Razali: peralatan steril, kesat

Mahkamah ditangguhkan seketika selepas ketua peguam bela Karpal Singh memohon prosiding dilakukan dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan pakar forensik memahami keterangan saksi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan prosiding dibuat menggunakan bahasa Inggeris.

Menurut Razali, beliau hanya berjumpa dengan pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan semasa pemeriksaan dibuat.

Mahkamah kemudiannya memanggil ketiga-tiga saksi di masuk ke kamar untuk pengecaman.

Yusof : Siapa lagi ada di sana?

Razali : Jururawat, polis dan pegawai perubatan

kemudian yusof menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memeriksa dubur Saiful.

Yusof : Selepas pemeriksaan, ada kamu tandatangani laporan perubatan tersebut.

Razali : Ya, saya cuma tandatangani bahagian saya.

Yusof : Apa penemuan semasa pemeriksaan itu?

Razali : Saya tidak boleh buktikan ada penembusan tanpa kesan luka.

Karpal cuba memperolehi kebenaran untuk menyoal balas Dr Razali pada masa yang lain, tetapi ia dibantah oleh pihak pendakwaan.

Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.

Apabila perbicaraan diteruskan, Karpal memohon penagngguhan bagi membolehkan pasukannya merujuk pakar perubatan.

Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009