AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, June 10, 2010

Pelajar Cemerlang Dipinggir, Umno-BN Beri Biasiswa Kepada Kaum Kerabat Kroni


KUALA LUMPUR 10 Jun - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyuarakan kekesalan beliau terhadap tindakan dua ahli parlimen Umno-Barisan Nasional yang bertindak biadap menganggu perjalanan mesyuarat antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dan wakil Malaysian Indian Organisation di bangunan parlimen semalam.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai penindasan terhadap pelajar bukan Bumiputera oleh kerajaan Umno-BN dalam isu pemberian biasiswa Jabatan Perkidmatan Awam dan tempat di institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat tersebut, Kit siang berkata ahli parlimen perlulah mengikuti prosedur parlimen dan bukan bertindak sesuka hati mereka.

"Bilik mesyuarat ini telahpun diluluskan oleh parlimen dan sebagai ahli parlimen yang beradab, kita perlu menghormati keputusan parlimen. Tindakan kedua ahli parlimen ini langsung tidak profesional dan tidak langsung mencerminkan ciri-ciri seorang ahli parlimen yang bertamadun," kata beliau.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pula mendedahkan tahun lalu, JPA telah memberikan 1,500 biasiswa kepada pelajar cemerlang tetapi hanya 300 biasaswa diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera.

"Apabila para pelajar bukan Bumiputera mendapat tahu terdapat pelajar Bumiputera mendapat biasiswa sedangkan pelajar bukan Bumiputera ini mempunyai keputusan jauh lebih baik, sudah tentulah mereka berasa marah," jelas beliau.

Kulasegaran menambah, sebelum pilihan raya umum 2008, kerajaan menetapkan kuota 90% untuk pelajar Bumiputera dan hanya 10% untuk pelajar bukan Bumiputera.

"Setelah mendapat tamparan hebat di PRU-12, kita mendesak untuk layanan lebih adil dan kerajaan Umno-BN berjanji melaksanakan kuota 55% untuk pelajar Bumiputera dan 45% untuk bukan Bumiputera.

"Tetapi tahun lalu, kita dapati kuota berubah pula kepada 80% untuk pelajar Bumiputera manakala hanya 20% untuk bukan Bumiputera. Mana perginya janji kerajaan Umno-BN dahulu?" soal Kulasegaran.

Wakil MIO, A Raguratnam berkata beliau sentiasa menerima aduan daripada masyarakat India berkenaan pelajar cemerlang yang tidak mendapat biasiswa walaupun telah dibuat rayuan berkali-kali.

"Kita kena faham, pelajar sebegini bukan daripada keluarga berada, tetapi keluarga sederhana di mana selalunya bapa sahaja yang bekerja menyara keluarga. Mana lagi pelajar ini hendak mengadu jika kerajaan Umno-BN menafikan bantuan kepada mereka?

"Saya mendapat maklumat terdapat pelajar daripada keluarga berada dan yang tidak mempunyai keputusan cemerlang mendapat biasiswa ini hanya kerana mereka merupakan anak atau saudara kroni-kroni BN. Saya cabar kerajaan Umno-BN, jika ikhlas membantu, siarkan dalam akhbar tempatan nama semua pelajar yang mendapat biasiswa, samada JPA atau jabatan lain.

"Kalau kerajaan Umno-BN merasakan tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan, siarkan nama-nama tersebut dan biar rakyat tahu keadaan sebenar," tegas Raguratnam yang mewakil badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada gabungan lebih 200 persatuan India.

Tambah beliau, jika parlimen enggan menjawab atau memberikan kata putus, beliau terpaksa bertindak lebih agresif dengan mengadakan demonstrasi beserta NGO lain agar nasib pelajar bukan Bumiputera dapat dipertahankan.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009