AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, June 15, 2010

MB Negeri Sembilan Salah Guna Jentera dan Agensi Kerajaan


SHAH ALAM 15 Jun - Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang didakwa menyalahgunakan jentera dan agensi kerajaan bagi tujuan majlis pernikahan mewah anaknya baru-baru ini.

"Jalan diturap baru, paip air baru disambung, jambatan dibina, rumput dipotong sementara kakitangan TNB ditempatkan untuk memastikan kelancaran majlis," kata Badrul Hisham aka CheGuBard.

Pada majlis tersebut, dianggarkan kira-kira 20,000 orang jemputan dilaporkan telah menghadiri majlis itu yang menggunakan kanopi besar di sebuah premis persendirian di Kampung Tanjung, Rantau.

CheGuBard memberitahu Suara Keadilan bahawa dia menerima dua aduan dari seorang kakitangan kerajaan dan orang awam di Pusat Aduan Rakyat Rembau yang mana beliau merupakan penyelaras.

Dalam aduan tersebut, kakitangan awam itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana diarahkan dengan kadar segera untuk bertugas bagi membuat persiapan majlis pernikahan tersebut.

Aduan orang awam pula mempersoalkan penglibatan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Berhad.

"Jika benar agensi seperti JKR, TNB dan seumpamanya dilibatkan, siapa yang membayar upah pekerja termasuk kerja luar dan lebih masa dan siapa pula yang akan membayar perbelanjaan jentera dan kenderaan yang terlibat termasuk dari segi belanja bahan api. Berapakah jumlah keseluruhanya?" soal CheGuBard.

Beliau memaklumkan surat permohonan penjelasan daripada Menteri Besar telah dihantar namun sehingga hari ini pihaknya masih belum mendapat sebarang jawapan.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau berkata faksimili salinan surat tersebut telah dihantar ke pejabat SPRM Negeri Sembilan.

"Bahkan sebelum ini pun, kami telah menghantar puluhan laporan ke pejabat SPRM berkenaan salahguna kuasa dan penyelewengan pimpinan Umno-BN, namun respons yang diterima sangat mengecewakan," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan pihak tertentu yang rapat dengan Menteri Besar yang cuba mempengaruhi media agar tidak menyiarkan berita atau laporan sidang media Pakatan Rakyat berkenaan pentadbiran Umno-BN Negeri Sembilan.

"Sebenarnya media adalah ruang untuk dia (Mohamad) menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat. Kenapa perlu ada campur tangan pihak lain. Adakah mereka juga ada kepentingan?

"Kita akan tingkat dan maksimumkan penggunaan media baru bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai walaupun disekat. Ini juga membuktikan mereka terdesak sehingga terpaksa menyekat maklumat kepada orang ramai," kata beliau lagi.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009