AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 23, 2010

Faekah Setpol Baru MB Selangor


SHAH ALAM 23 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi mengumumkan Faekah Husin sebagai Setiausaha Politik baru beliau menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkuatkuasa 1 Julai depan.

Pelantikan itu dibuat selepas Kongres Nasional KEADILAN yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan bulan lepas.

Sebelum ini, Faekah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Peguam lulusan Universiti Malaya itu berkhidmat dengan Dr Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan beliau sehingga tempatnya diganti.

Pengumuman itu dibuat Abdul Khalid dalam satu majlis bersama media yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua yang ditemui di lobi parlimen petang semalam berkata KEADILAN akan melakukan rombakan kecil dalam struktur organisasi.

"KEADILAN akan membuat pengumuman tersebut akhir bulan ini dan terdapat beberapa perubahan kecil akan berlaku selepas ianya dirombak.

"Perubahan ini kita buat selepas mendapat maklumbalas selepas kongres bersidang di Kota Bharu sebelum ini," ujar beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009