AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 23, 2010

'Ali Baba' Pembinaan Hospital Shah Alam, Mana Tindakan?


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua meminta Kementerian Kerja Raya menjelaskan mengapa kontraktor yang dilantik untuk membina Hospital Shah Alam, Sunshine Fleet tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun dikatakan meng’alibaba’kan kontrak kepada Syarikat Isyoda Malaysia Sendirian Berhad.

Pembinaan hospital tersebut bukan sahaja di’alibaba’kan, bahkan lewat 233 hari dari jadual asal.

Ia dikatakan ini berpunca berikutan SunShine Fleet dikatakan tidak membayar dana kepada subkontraktor, menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan..

“Saya difahamkan jumlah pekerja dikurangkan kerana subkontraktor tidak dibayar. JKR menyatakan pihaknya sudah menjelaskan tunggakan bayaran tetapi kontraktor yang tidak melunaskan bayaran itu kepada sub kontraktornya. Sebab itu ada masalah kewangan,” Ujar Tony.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Tony menyatakan kehairanannya kerana tiada tindakan dibuat walaupun SunShine Fleet telah meng’alibaba’kan kontrak projek pembinaan itu.

“Kesan kontrak disubkan kepada kontraktor yang lain. Mereka tidak perlu membuat sebarang kerja tetapi mendapat untung bersih. Ini bercanggah dengan syarat kontrak JKR. Kenapa tidak diambil tindakan ?” soal Tony.

Dalam jawapan lisan Kementerian Kerja Raya bagaimanapun menyatakan pembinaan hospital tersebut tidak mempunyai apa- apa masalah dan ia tidak terlewat mengikut jadual terkini.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009