|
Kapal selam Malaysia pertama, KD Tunku Abdul Rahman, berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah 9.20 pagi tadi. Kapal selam tempur diesel itu, bersama 32 kelasi diketuai oleh pegawai pemerintah Komander Zulhelmy Ithnain, disambut dengan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Komander Tentera Laut Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. KD TAR memulakan pelayarannya dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lepas dan singgah di Jeddah, Djibouti dan Cochin sebelum tiba di Pelabuhan Klang. KD TAR antara dua kapal selam jenis Scorpene yang ditempah kerajaan untuk memperkukuhkan TLDM. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Thursday, September 3, 2009
Kapal Selam Scorpene Tiba Di Pelabuhan Klang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment