Anna Yusof
KUALA LUMPUR, 2 Mei (SK) : Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terlalu angkuh mahu melaksanakan sekatan-sekatan mendirikan barung atu pondok panas semasa kempen pilihanraya akan datang.
Shamsul berkata larangan keatas parti-parti politik dari memancing undi pada hari pengundian serta sekatan membina pondok panas oleh penyokong-penyokong parti adalah terang-terangan melanggar amalan demokrasi biasa.
“Apa yang dirangka SPR ini sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini,” kata beliau.
Menurut Shamsul, badan pengurusan pilihanraya itu seharusnya bersikap neutral kerana tindakan dan aturan diperkenalkan oleh SPR di lihat seolah-olah cenderung menyebelahi parti-parti tertentu.
“Dalam hal seperti ini, AMK tidak lupa bagaimana dalam PRU 2004, larangan yang sama di kenakan, tetapi Barisan Nasional dengan angkuh membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian,” kata Shamsul
Akta Kesalahan Pilihanraya sebelum ini menetapkan bahawa parti-parti politik hanya di benarkan memancing undi dan menyemak identiti pengundi dari pondok-pondok panas pada hari pengundian dalam jarak luar dari 50 meter radius dari pusat pengundian.
Akta itu juga menetapkan pondok panas atau pejabat pilihanraya hanya tidak boleh di dirikan pada hari pengundian.
“Justeru AMK menolak kekecewaan SPR dengan pendirian Pakatan Rakyat menolak syor pendekatan baru ini yang hanya merendahkan profesionalisma dan imej penjawat awam,” kata Shamsul.
AMK turut kesal dengan sekatan SPR keatas penyokong-penyokong parti-parti politik. Shamsul berkata alasan SPR bahawa langkah ini perlu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini adalah berat-sebelah.
“AMK percaya pendekatan ini di ilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah di Bukit Gantang, menyaksikan BN di tenggelami ribuan penyokong Pakatan Rakyat,” tegasnya lagi.
“Seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap professional mengawal provokasi melampau.
Terbukti dalam siri-siri PRK sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyat yang terpaksa berhadapan dengan provokasi samseng-samseng yang ‘kelihatan’ menyokong BN,” kata Shamsul.
0 comments:
Post a Comment