AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 6, 2009

SPR kelirukan pengundi

KUALA LUMPUR,6 APRIL (SK) - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata terdapat kekeliruan pada kertas undi yang akan dipangkah oleh pengundi pada tiga pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau. Parlimen BUkit Gantang dan Dun Batang Ai.

Berpandukan kepada kertas undi contoh yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional, beliau berkata penyusunan simbol-simbol calon pada kertas undi itu agak pelik dari kebiasaan.

“Dalam kertas undi ini tiada nombor dan susunannya pula dari kanan ke kiri dan bukannya mengikut kebiasaan dari atas ke bawah. Kita berada di kedudukan nombor empat, BN pula nombor lapan. Bila disusun, ia tidak mengikut kebiasaan,”katanya.

Menurutnya, perkara ini akan menyukarkan pengundi untuk mengenalpasti calon pilihan mereka sekiranya tiada nombor dipapar kan pada kertas undi tersebut.

“Ini bermakna SPR sengaja mahu mengelirukan pengundi apabila kertas undi tidak bernombor. Jika ini berlaku, ada unsur-unsur sabotaj dari SPR atau cuba bersekongkol dengan BN supaya pengundi berpihak kepada parti itu,”katanya.

“Ini bukan satu perkara yang sihat dalam sistem demokrasi dan kita mendesak SPR supaya mencetak nombor calon dalam kertas dan mengikut susunan yang betul.”katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat sudah memaklumkan perkara itu kepada SPR namun sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan.

Sumber: suarakeadilan.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009