AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 6, 2009

Penyokong BN cetus provokasi.

Rusnizam Mahat

SUNGAI PETANI, 6 April (SK): Penyokong Barisan Nasional (BN) cuba mencetuskan provokasi pada satu program ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Taman Tuanku Haminah, Sungai Petani dalam Dun N25 Bukit Selambau baru-baru ini.

Menurut seorang saksi kejadian, Ramesh Kumar A/L Theetan, kekecohan tercetus ketika Pakatan Rakyat mahu memulakan program ceramah yang dijadualkan dihadiri oleh Ketua Penerangan, Tian Chua, Ketua Wanita keADILan, Zuraida Kamaruddin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada kira-kira jam 9 malam.

“Mereka membuat bising dengan menyanyikan lagu dan melemparkan pelbagai tuduhan kepada Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim serta mengajak penyokong Pakatan Rakyat bergaduh,” katanya.

Bilik gerakan tersebut yang terletak berhampiran dengan bilik Gerakan MIC menjadi punca pertembungan dua penyokong terbabit.
Bagaimanapun, Suara keADILan difahamkan MIC tidak mengadakan sebarang program ceramah dan hanya kira-kira 50 orang penyokong berada di luar bilik gerakan parti itu ketika kejadian.

Kekecohan berkenaan menyebabkan kira-kira 1,500 orang berkumpul di sekitar kawasan berkenaan menjelang pukul 10 malam. Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan ke tempat kejadian.

Kata Ramesh, yang juga Pengarah Bilik Gerakan Utama KeADILan berkata, pihak Polis bertindak menyerbu ke majlis ceramah tersebut dan merampas alat pembesar suara ketika ceramah hendak dimulakan.

“Mereka mengarahkan ceramah ini dihentikan walaupun permit dari pihak polis telah dikeluarkan,”katanya.
Pihak Polis kemudian mengarahkan supaya program ceramah itu ditukar ke Jalan Boria dan Padang Taman Ria Jaya yang terletak agak jauh dari bilik gerakan itu.

Seorang saksi yang lain berkata, pihak Polis pada awalnya hanya memerhatikan tindakan provokasi yang dilakukan penyokong BN tanpa berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan.

Sementara itu Exco Selangor, Yaakob Sapari yang dijadualkan memberi ceramah tersebut berkata beliau percaya kejadian itu telah dirancang lebih awal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk menimbulkan pergaduhan.

“Dua bilik Gerakan ini terletak di tempat yang terlalu hampir. Penyokong yang ramai menyebabkan keadaan tidak terkawal dan berlaku ketegangan,”katanya.

“Saya percaya perkara ini telah dirancang,”katanya. Jesteru itu beliau menyeru kepada ahli Pakatan Rakyat supaya tidak melayani sebarang provokasi yang dimulakan oleh penyokong Barisan Nasional.

Kejadian tersebut merupakan rentetan dari insiden yang berlaku semalam apabila penyokong BN cuba membuat provokasi ketika kehadiran Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang ingin menyampaikan ucapan di bilik gerakan Utama parti itu

Sumber: suarakeadilan.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009