AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 20, 2009

Rasuah dan Komisyen Bukan Satu Pembaziran? : Anwar

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 20 April (SK) : KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengulas kenyataan kebelakangan ini media arus perdana Umno-Barisan Nasional tidak henti-henti menyiarkan berita yang berkemungkinan bahawa tidak akan ada pertandingan dalam pilihanraya kecil Dun Penanti.

Alasan yang diberi Perdana Menteri Najib Razak kononnya pemilihan ini akan membazirkan duit rakyat.

Anwar berkata dalam kenyataan beliau hari ini bahawa gesaan agar jangan membazir tidak terbatas dalam pilihanraya sahaja, seharusnya ianya juga mengambil kira kaedah kempen, sogokan wang dan cambahan projek serta pesta.

“Amalan rasuah, komisyen, pesta-pestaan masih ketara dalam amalan pimpinan negara. Ini wajib dihentikan segera,” tegas Anwar.

Menurut blog beliau, isu Mohammad Fairus dan Penanti dijelaskan sendiri oleh beliau dalam kenyataannya sedikit masa lagi.
“Inshaallah kita akan pastikan wakil yang dipilih nanti mampu menggalas tanggungjawab termasuk kekuatan menangani masalah masyarakat Melayu dan rakyat miskin lainnya,” kata beliau.

“Maka seandainya Najib jujur dengan perakuannya, Umno wajar mengiktiraf hasrat rakyat Penanti dengan tidak mengemukakan calun,” tambah Anwar.

“Saya tidak menolak betapa pentingnya usaha membawa negara ini keluar dari kegawatan. Namun sikap hipokrit bukanlah caranya memulihkan ekonomi negara,”kata beliau lagi.

“Saya tertanya-tanya apakah dengan memberikan komisyen berjumlah RM 510 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. untuk pembelian kapal selam Scorpene dan pemberian tender secara tertutup projek jalur lebar berdaya laju bernilai RM 11.31 bilion tidak membazirkan wang rakyat?,” tanya Anwar.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009