AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 20, 2009

Kerajaan Selangor-Persekutuan Runding Isu Air Minggu Ini



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyambut baik kesudian Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air baru untuk sekali lagi melibatkan kerajan negeri dalam rundingan pengambil-alihan pengurusan air Selangor.

Menteri berkenaan, Datuk Peter Chin Fah Kui minggu lalu berkata, beliau bersedia menimbang penglibatan kerajaan negeri dalam rundingan dengan pihak konsessi air Selangor.

Pendirian itu dilihat sebagai menghidupkan kembali usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menawarkan air pada harga yan lebih rendah, di samping terus memberi 20 meter padu air secara percuma kepada penduduk Selangor.

Kerajaan persekutuan sebelum ini bertindak untuk membatalkan pembabitan kerajaan negeri Selangor dalam pengambilalihan konsessi air di negeri itu, setelah Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada pilihanraya umum, Mac tahun lalu.

Tan Sri Khalid hari ini berkata, beliau berharap untuk menyakinkan Datuk Peter Chin supaya empat syarikat konsessi itu diberi pampasan RM5.5 bilion, sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan negeri.

Ini akan membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air di negeri itu dan menurunkan harga air sehingga 25 peratus menjelang tahun 2013.

Tan Sri Khalid berkata, rundingan dengan pihak Kementerian dan syarikat Splash, Puncak Niaga, Syabas dan Abbas akan diadakan minggu ini bagi membincangkan status isu berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri mahu menguruskan sendiri industri air Selangor bagi memastikan pengguna tidak dibeban dengan harga tidak munasabah.

“Seperti yang diumumkan oleh menteri yang baru, beliau sekarang bersedia menerima kerajaan negeri untuk menyertai perbincangan dengan pihak konsesi, “ kata Tan Sri Khalid.

“Dalam minggu ini kita berharap akan dapat berbincang dan tentukan langkah-langkah yang sewajarnya. Kerajaan negeri telah menulis surat kepada kerajaaan persekutuan tentang tawaran yang boleh kita berikan,” katanya.


Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009