KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak diberi tempoh 100 hari untuk membuktikan sejauhmana ketelusannya dalam memperkenalkan konsep 'Satu Malaysia' (One Malaysia).
"Kalau boleh 'Satu Malaysia' menjadi kenyataan kerana konsep tersebut akan melimpah kesamarataan kepada semua kaum di negara ini. "Konsep 'Satu Malaysia' bermaksud tiada polisi perkauman iaitu tidak ada konsep untuk bumiputera dan bukan bumiputera,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily semalam.
Tambahnya, jika konsep 'Satu Malaysia' dilaksanakan dengan telus, maka ia akan membuka peluang kepada rakyat untuk mendapat biasiswa, kontrak dan apa saja.
"Konsep itu perlu mengamalkan polisi ketuanan rakyat dan hanya rakyat yang boleh menjadi tuan.
"Maka kita memberi tempoh kepada beliau selama 100 hari. Kita beri peluang untuk beliau membuktikannya,"tegasnya. - mks.
0 comments:
Post a Comment